Starship
Ya Allah... Permudahkanlah Segala Urusanku..
11 April 2012 • 8:32:00 PM • 2 comments


Bismillahirahmanirrahim,

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



Hari demi hari berlalu terlalu pantas. Runsing fikiran ini memikirkan exam yg akan kunjung tiba tak lama lagi.Terasa terlalu banyak ilmu perubatan yg belum aku kuasai.Ya Allah.. kuatkanlah semangat aku untuk belajar bersungguh-sungguh.Buangkanlah segala sifat malas, lemah, kurang yakin yg ada dalam diri ini.Ya Allah bantulah aku serta rakan-rakanku yg lain agar kami sama-sama berjaya dengan cemerlang dalam PMR.Hindarilah kami dari sikap riak ujub takabur dan segala sikap keji.

Ya Allah.. Permudahkan segala urusan Aku.. Lindungi Aku Dan Peliharalah Aku.. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan apa yang aku alami sekarang.. Hanya airmata dan hati aku menjadi saksi kesedihan yang aku alami sekarang..

Ya Allah ya Tuhan kami,
Kurniakan Kami Rahmat Dari sisimu. Dan Berilah Petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk.
Mudahkanlah Urusan Kami Ya Allah, Permudahkanlah jgn disulitkan, kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu,

Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatmu,Ya Allah Wahai Yang Paling Mengasihani Daripada Segala yang mengasihani…. Amin Ya Rabal Al Amin…
Aku rindukan masa kecilku.Ingatan ku di saat itu masih lagi tajam.Meningkatnya usia, semakin merosotnya prestasi ingatan aku.Mungkin ini berkait rapat dengan hari dan juga pemakanan.aku selalu mencari tip BAGAIMANA UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN. nak tengok? TEKAN SANA...

Ya Allah.. lembutkanlah lidah ku untuk menyebut dan memuji Allah S.W.T. , amalan zikir serta solat taubat..Ya Allah.. buka kanlah pintu hatiku untuk menerima hidayah mu Ya Allah yang maha mengetahui.. Aku tak sanggup lagi untuk bertahan Ya Allah..

Ya Allah... tabahkanlah hati hambamu ini.. agar dapat menerima takdir dengan hati yang terbuka.. Ya Allah..kurniakanlah segala ilmu-Mu kepadaku.. Ya Allah..Tunjukkanlah jalan yang benar.... Aku memohon Ya Allah..

Bila senang, aku lupa padaNya. Bila susah, baru mencariNya kembali. Aku malu dengan diri sendiri dan juga kepadaNya.
Setiap ujian dan dugaan yang diberikan aku tahu pasti ada hikmahnya. Hanya Dia yang maha mengetahui setiap perkara yang berlaku. Aku juga tahu, munkin ada insan lain yang lebih susah dari aku. Aku bersyukur dengan apa yang telah Kau berikan kepada ku.



Disclaimer


Welcome To My Lovely Diary..Hope You Enjoy!No Harsh Word Please?

The Owner
Stuffies
Tagboard

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Siti Nurhaliza Idris